Sunday, May 27, 2012

kain cotton terkini




PAKAIAN tradisional seperti baju kurung sentiasa menawan untuk digayakan pada bila-bila masa dan di mana jua. Tidak hanya digayakan tatkala menyambut kedatangan Syawal, hari ini baju kurung selesa digayakan ketika ke pejabat mahupun menghadiri majlis-majlis rasmi atau korporat.

Biarpun dengan kehadiran pelbagai pakaian lain yang lebih moden di pesada dunia fesyen hari ini, namun baju tradisional itu juga selalunya yang dicari.

Uniknya, hari ini dengan kehadiran banyak fabrik di pasaran tekstil, baju kurung turut dihasilkan daripada pelbagai jenis kain mengikut cita rasa serta perkembangan terkini fesyen tanah air.

Jadi hari ini terdapat baju kurung yang dijahit menggunakan pelbagai fabrik dan yang terbaru ialah penggunaan kain kapas jenis yang biasa digunakan bagi baju T yang berkualiti tinggi.

Thursday, May 24, 2012

Keistimewaan Batik Kain Kapas

Kain asalnya diperbuat daripada benang kapas.  Kebiasaan kita dengar asal kapas menjadi benang, daripada benang menjadi kain. Kain yang diperbuat daripada kapas diperakui mempunyai keistimewaan yang tersendiri, justeru telah menguasai pasaran fabrik sejak zaman berzaman lagi dan menyaingi pelbagai jenis fabrik lain yang telah dicipta.
Pelbagai jenis fabrik dihasilkan daripada benang kain kapas. Antaranya sponge cotton, fine cotton, cotton poplin, cotton lawn, voile, sheeting, terry cloth, plisse, cotton cheers, chintz, sheeting, double knit, dan banyak lagi.
Selain daripada pakaian, kain kapas sentiasa menjadi pilihan untuk menghasilkan produk hiasan dalaman rumah atau pejabat seperti sarung kusyen, sarung bantal, cadar, langsir, alas meja, mahu pun hiasan dinding.
Fabrik daripada kapas menjadi pilihan penggemar yang mengetahui kelebihannya. Fabrik ini lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh. Ia selesa dipakai dan berupaya menguasai cuaca. Justeru, ia sesuai dipakai walau di mana saja, samada di rantau tropika, sejuk mahupun panas. Warna yang dicetak pada fabrik ini juga mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna yang segar dan tidak mudah pudar.
Menyedari kelebihan ini, MasterWan Batik memilih fabrik kapas sebagai material utama dengan menghasilkan pelbagai produk seperti kemeja, blaus, kurung, pareo, tali leher, seluar pendek, seluar panjang, sapu tangan, hiasan dinding, sarung kusyen, langsir, cadar dan banyak lagi produk yang relevan. Ia diserikan pula dengan rekaan corak kontemporari dan universal yang menjadi pilihan golongan remaja dan dewasa. Di negara-negara Eropah, Amerika, Asia dan Afrika kain kapas merupakan fabrik yang paling digemari dan menjadi pilihan pereka fesyen lebih-lebih lagi pada musim panas dan bunga.
 
Keunikan rekacorak MasterWan Batik yang menarik dan memenuhi citarasa semua peringkat umur serta etnik bersama keselesaan kain kapas menjadikan produknya diminati ramai di seluruh pelusuk tanah air dan antarabangsa. 
Paling penting penggunaan fabrik ini oleh MasterWan Batik adalah sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan selesa digayakan.   Ia mudah menyerap peluh dan tidak berbau lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering melakukan tugasan di luar pejabat. 
Koleksi corak batik yang dikeluarkan oleh MasterWan Batik yang menampilkan warna dan corak menarik pastinya memikat lelaki dan wanita yang bijak memilih fabrik yang berkualiti bagi digayakan seharian dan mingguan sebagaimana yang diwajibkan kepada kakitangan awam pada setiap hari Khamis. 

Penjagaannya juga tidak sukar seperti fabrik lain dan boleh dipakai lasak.  Kain kapas boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh.   Pengguna disyorkan supaya mengelakkan kain atau baju batik dijemur di tengah panas. Semasa menggosok renjiskan sedikit dengan air.  Ini akan menjadikan warnanya tahan lama dan segar.
Kakitangan awam berpeluang mempunyai lebih banyak helai baju kemeja dan kain batik untuk pakaian batik ke peejabat. Produk ini boleh didapatii dengan harga yang tidak semahal kain batik yang diperbuat daripada sutera. Kain kapas dijangka akan menjadi alternatif pada masa kini kerana ramai yang sudah mengetahui kehebatan, kelebihan dan keunikan kain kapas.
Rekaan himpunan fesyen MasterWan Batik lebih kepada corak-corak yang kontemporari, dinamik, geometrik dan urban.  Corak flora dan fauna digubahjalin dengan elemen-elemen seni visual khususnya titik dan garisan serta prinsip rekaan berjaya melahirkan rekacipta trend corak universal dan konvensional menjadi kesukaan ramai pelbagai peringkat tanpa dibatasi sempadan usia, etnik dan negara.
laporan asal : http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=106:batik-kain-kapas-pelbagai-keistimewaan&catid=34:blog-masterwanbatik&Itemid=160

koleksi kain cotton :>>  http://colorfulcotton.blogspot.com/